04 November 2013

Awal Muharram 1435H/2013M

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H/2013M

Sempena menyambut Awal Muharram 1435H  Hari Selasa ni..
Saya dan keluarga ingin mengucapkan salam maal hijrah 1435 kepada semua anda umat islam….
Yeahh!! esok hari selasa cuti.
kejap masa berlalu ..
Hari berganti bulan berganti tahun pun berganti,
Tahun baru ni harapan pun mesti hidup baru ..
Semangat pun baru jugak ye..
Semoga tahun baru ini kita semua  lebih berjaya dan lebih bahagia dan moga hari-hari akan datang  lebih baik dari hari sebelumnya…. :-)

Doa awal dan akhir tahun Hijrah - Awal Muharram ( Maal Hijrah 1435H )


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
 
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
 
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH  
 
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



 

Sekian Terima Kasih :-)

11 October 2013

Maksud Sebenar Akad Nikah

Maksud Sebenar Akad Nikah

Apakah makna sebenar "akad nikah" bagi seorang yang bergelar suami, yang bergelar isteri, dan juga ibubapa pengantin?

A) Bagi pengantin lelaki yang telah menyebut lafaz "Aku terima akad nikahnya....", bermakna dia telah buat pengakuan :-

-> Aku terimalah orang yang berperangai kebudak2an, kurang akal, banyak tipu helah, akan perhabis duit aku, suka beleter, kuat merajuk, suka lawan cakap.... Aku tak menyesal sebab dia adalah isteri aku... Dialah orang yang aku sepatutnya benar-benar sayang..

-> Aku mula menanggung dosa dia dari hujung kaki hingga hujung rambut. Kalau dia dedah aurat, dia tak solat, dia jahil tak tahu hukum haid, nifas dan sebagainya, maka aku yang menanggung beban dosa itu semua..

-> Aku akan tanggung segala nafkah dia sampai mati selagi masih suami-isteri.. Aku kena sediakan makan minum, pakaian lengkap, dan tempat tinggal dengan duit aku sendiri..

-> Aku kahwin bukan terikat dengan dia saja sebagai isteri aku, tapi juga mak bapak dia sebagai mertua, adik beradik dia sebagai ipar, sanak saudara dia, dan orang-orang kampung dia. Semuanya akan hadir dalam kehidupan aku mulai saat ini dan mereka mempunyai berbagai-bagai ragam dan karenah...

Haaaa... baru tau nak kahwin sangat, ingat mudah, nak sedap saja. Kalau rasa berat, mu jangan kahwin!

Bagi pengantin perempuan yang telah berkata "Aku Setuju...", maka itu bermakna :-

-> Dia sebagai isteri akan taat pada suami lebih dari ibubapa, lebih dari boss pejabat, lebih dari perdana menteri atau raja mana sekalipun. Sebab mulai saat ini, suami yang tanggung dosa isteri dan menanggung nafkah dia. Kalau raja panggil suruh mengadap tapi suami tak kasi, maka isteri kena ikut kata suami..

-> Jika isteri mati dalam keadaan suami redha, menurut hadis dia boleh masuk melalui mana-mana pintu syurga. Tetapi jika sebaliknya isteri mati dalam keadaan suami murka maka neraka lah tempat dia, Nauzubillah..

-> Bila bercakap dengan suami, isteri tak boleh tinggikan suara, dan bila suami bercakap, isteri kena diam. Isteri kena jaga lidah supaya tidak menjadi isteri yang jahat mulut macam naga giler..

-> Isteri kena berpakaian cantik-cantik dan seksi depan suami dan bukan di khalayak ramai. Tapi, sekarang ni dah terbalik, isteri kalau keluar rumah bukan main cantik bergaya tapi bila depan suami berkemban macam tok bomoh giler!

-> Kalau suami lapar dan suruh buat nasi goreng pukul 4 pagi sekali pun isteri kena bangun masak, walaupun kena tumbuk lada dan kisar bawang sekalipun.

"Amboi, sampai begitu sekali kena taat suami ke ustaz? Berat lah begitu". Ye lah! Kena taat macam tu lah! Kalau mu tak sanggup taat, mu jangan belaki. Masuk neraka free je nanti. Mu jangan marah aku cakap begitu sebab aku tolong beritahu apa yang Nabi cakap!!. "Tapi... saya nak anak ustaz!". Kalau mu nak anak lebih baik mu bela anak kucing!

C) Apabila ibubapa membenarkan anaknya bernikah, maka ibubapa :-

-> Kena faham jika dulu anak perempuan wajib taat kepada dia, tapi sekarang dia wajib taat lebih kepada suami dia. Terima lah hakikat itu. Itu hukum syarak.

-> Pesan kat anak perempuan suruh taat pada suami. Ajar dia cara-cara jaga suami. Pesan kat menantu pulak suruh dia taat lebih pada ibu dia. Itulah yang orang zaman dulu-dulu pesan pada anak dia, tapi zaman sekarang takde dah. Sekarang ni dah terbalik, isteri taat pada ibu dia, suami pulak taat pada isteri. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami, manakala syurga suami di bawah tapak kaki ibu, bukan tapak kaki isteri.

-> Jangan suka masuk campur urusan rumah tangga anak. Boleh masuk campur jika suami dia jenis jahat, main sepak terajang, perangai macam beruk. Selalu belasah anak mu. Kalau begitu, ibubapa boleh ajak anak balik ke rumah sebab nak selamatkan dia. Kalau dia bergaduh sikit-sikit jer jangan campur, jangan ambil bawak dia balik.

-> Sedar yang mulai saat ini suami dia yang pikul dosa anak mu, mu dah tak tanggung lagi dosa dia. Jadi kenapa nak caj belanja kahwin mahal-mahal padahal dia yang nak pikul dosa anak mu? Lagipun bukan sekali ni je dia keluar duit belanja. Dia tanggung anak mu makan, minum, pakaian, ubat-ubatan, sampai ke mati! Jadi, mak bapak jangan melampau-lampau sangat dalam meletak jumlah wang hantaran.

"Belanja hantaran kena tinggi sebab nak buat kenduri bukan murah ustaz, lembu sekor harga dah 3 ribu! Beras, bawang, lada lagi...". Siapa suruh kamu buat kenduri besar-besaran. Tak cukup duit, sembelih ikan bilis sudah lah. Kihkihkih...




( Ustaz Azhar Idrus )

Senyuum ^__^




Sorry me!!!!.. :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua anda..

apa khabar korang? korang sihat ek?... Harap lah semoga korang sihat.amin. Aku? Alhamdulillah aku sihat je.. ;). Aku nak post di sini blog ni.. Aku mintak maaf sbb dah lame x update.. So sorry otak aku takade idea dan dah beku hehehehehe!.. Oh oh oh..alamak lupe bgtau aku sorry blogku dah lame tunggu aku..:(.. Sebab aku sibuk kerja sampai lupe nak update pulak hmm.. Blogku, jangan risau ye. InsyaAllah,aku akan update pulak kalau ade masa free..:) aku sayang blogku..

Sekian, Terima Kasih..Assalamualaikum :*